Khamis, 15 April 2010


THECLUTCH adalah pilot yang tidak terasing lagi bagi negeri perak, khasnya bagi MRFS. Tidak dinafikan beliau bersama2 rakan mrfs berkerja keras demi menjayakan JJCFS bagi negeri Perak, tahniah dan syabas diatas kejayaan JJCFS yang berlangsung 2 hari berturut2 pada 10 dan 11.4.2010. Berdasarkan tinjauan dalam forum duniarc, boleh dikatakan semua pilot2 yang mengambil bahagian pada hari tersebut berpuas hati, gembira dan enjoy sekali diatas layanan mesra sekali. Kejayaan ini mengharumkan lagi nama Perak dalam erena kawalan jauh (RC) khasnya dan amnya bagi semua warga RC negeri perak - syabas















Gambar-gambar ihsan dari Fizsal yang disiarkan oleh:http://www.duniarc.com/index.php/topic,3049.240.html

Fizsal: Pada pagi yang indah 11 April 2010, terpahat di hati semua flyer di MRFS sempena JJCFS DRC.....DEMONTEL

Catatan orang kuat Perak Meru Raya Site - Jelapang.

Apeh: pape pun..saya mengucapkn jutaan terima kasih pada seridesa,cik mail,cik bakar,clutch,ah loon,abg jo PUO,abg zam hovid and din kecik krana sudi dtg awl pagi utk gotong royong..hidup MRFS..

sudutan catatan Brozeck dari Saujana Putera flying site


bro memang happenig ff kali ni ... jutaan terima kasih pada semua geng geng kat sini yg berhempas pulas persiapan temasya yg agak well organize , safety no 1 .. marshal sri desa flyer aka cikgu tajul memang ada stylo jadi flight safety of.. apeh main organizer , mejar zailan tq tq ... jap lagi apeh nak bawak dinner ... will update later see u tomorrow , kepada kawan kawan yg lain kalau besok free sila join kami , makan minum foc hehehe










Seawal 7:30 pagi pihak MRFS team member telah pun bersiap sedia menyambut rakan-rakan flyer yang datang...

Program JJCFS DUNIARC.COM


Perak Meru Raya Flying Site pada hari ini 10/04/2010


Sedutan catatan Mohiz dari Pendang Flysin site Kedah:


....Saya bersama rakan dari Pendang RC Flying Field ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan rasa puas walaupun hanya dapat sehari bersama dengan Program JJCFS Duniarc.Com - Perak Meru Raya Flying Site pada hari ini 10/04/2010. Sambutan yang saya terima amat mesra, sejauh mesra dalam forum, bila bertemu semakin intim dan bertambah mesra. Makan? Ul lalla...Pagi dengan nasik lemak di tambah tengahari menu nasi ayamnya cukup meninggalkan kesan kenangan nak pi kena lagi...hah hah hah...Thank's tu Bro Apeh, Major Zailan, Abg Bakar, Seri Desa dan yang lain-lain nya [..ampun maaf saya tak cam nama heh heh heh], melihat padangnya...ehhhh rasa ingin kembali singgah barang sehari...cukup luas lebih luas dari padang Pendang...rasanya kalau PakYa[Lori]-Flyer tegar kami datang sini, mesti ketaq dagu punya, pasai very enjoy terbang aerobatiknya kat sini, sayang beliau tak dapat bersama...So, ingin sampaikan salam teramat mohon maaf dari Tn Penasihat PRCFF/MYHH RC Flying Team, Tn Hj Mahamad Yusuf Hj Hassan, kerana tidak dapat bersama oleh kerana sebab-sebab kesihatan dan keluarga...dan juga dari ahli PRCFF yang lain yang sibuk dengan tugasan masing-masing, jadi kamilah Abg Man, Bg Nuar dan Amirul dan En Roslan dilepaskan untuk turut serta dalam Program JJCFS-Perak-Meru Raya Flying Site ini...Apa-apa pun semuanya memang very-very happeninglah...Terima kasih kepada semua....

Pengumuman kepada semua MAC (Manjung Aero Club) bahawa satu pameran RC akan diadakan pada 18.4.2010 jan 9.00 pg. di Padang Kg.Datuk seri Kamaruddin Manjung, semua

warga MAC hendaklah hadir dengan membawa peralatan RC masing untuk pameran tersebut.


Bagi pilot heli sama ada gp/ep akan mengadakan persembahan pernerbangan pada hari itu.

Bagi peminat2 yang berada di sekitiar negeri Perak dialu-alukan kehadiran anda semua dengan

membawa rc masing lagi memeriahkan acara tersebut