Selasa, 8 September 2009

Selamat Berpuasa

Aero club manjung mengucapkan selamat berpuasa kepada sahabat2 rc seluruh tanah air kususnya kepada sahabat2 yang datang untuk fun fly di lapangan terbang sitiawan tempuh hari, tidak lama lagi kita akan menyambut 1 syawal, untuk itu Aero club mengucapkan selamat menyambut hari raya fitrah maaf zahir dan batin. Kalau ada kelapangan sudi sudilah berkunjung ke Manjung sekalai lagi demi untuk merapatkan tali silatirrahim sesama kita.

Selasa, 28 Julai 2009

Komponen yang berfungsi pada kapal terbang rc nitro

















Seperti yang anda lihat di gambar rajah di atas, ia adalah gambar rajah kapalterbang yang menggunakan kuasa minyak (nitro), dimana terdapat beberapa komponen penting yang berfungsi untuk operasi penerbangan. setiap pilot wajib mengenali setiap komponen penting dan memahami peranan (fungsi) setiap komponen itu untuk memudahkan baginya menerbangkan sesebuah kapal terbang. Disini saya akan menjelaskan dulu komponen2 penting yang memainkan peranan penting di dadalam kapalterbang kuasa minyak (nitro)


1. Rudder: Rudder berfungsi untuk mebelokkan kapalterbang itu ke kiri dan ke kanan, ia digunkan semasa kapalterbang itu di lapangan (darat) ia tidak digunakan semasa kapalterbang di udara.


2. Elevator: Elevator berfungsi untuk take off ( menaikkan kapalterbang) dari lapangan setelah ia mencapai kuasa kelajuan yang cukup, dan digunakan juga untuk menentukan paras ketinggian semasa di udara, dan perlu diingat ianya tidak digunakan untuk mendarat (landing). Pendaratan hanya perlu mengurangkan kuasa kelajuan injin, dengan sendirinya kapalterbang anda akan beransur rendah dan boleh mendarat.


3. Aileron: Aileron pula berfungsi untuk membelok ke kanan kan ke kiri semasa kapalterbang anda di udara, bermaknak pilot akan menggerakkan aileron stik pada radio control ke kanan maka kapalterbang anda akan membelok ke kanan, jika digerakkan se kiri maka kapalterbang anda akan bergerak kekiri.


4.Throttle: Throttle berfungsi untuk kelajuan atau perlahan kuasa injin untuk memutarkan propeller ( kipas) kapalterbang semasa operasi penerbangan.


5. Engine: Enjine telah termaklum bahawa ianya berfungsi untuk mengerakkan kederaaan samaada kenderaan darat, laut dan udara.


6. Servo: Servo ialah komponen elektronik yang terdapat di dalam kapalterbang yang berfungsi untuk mengerakkan Rudder, elevator, Aileron, Throttle dan komponen lain jika terdapat di sesebuah kapalterbang. Servo berfungsi dengan menggunkan kuasa beteri ( DC )


7. Receiver: Komponen elektronik yang berfungsi untuk menerima arahan yang berupa golombang (wave) dari Radio control untuk menghidupkan servo yang berfungsi seperti penjelasan no.6.


8. Beteri: Membekallan kuasa DC untuk Receiver.


9. Propeller: Dalam bahasa melayu kipas berfungsi untuk mengerakkan kapalterbang, jika kenderaan darat ianya adalah tayar.


Demikianlah penjelasan secara ringkas tentang komponen2 yang terdapat dalam sesebuah kapalterbang radio control yang menggunakan kuasa minyak (nitro). Tidak dinafikan terdapat juga komponen2 tambahan selain dari yang penting itu mengikut jenis atau model kapalterbang.

Rabu, 22 Julai 2009
















Masing2 sibuk dengan persedian untuk fly, yang berbaju biru tu adalah member aero club, gambar kiri no 2 kelihatan Encik Shahrul sedang mengajar pilot muda Hani baru berusia 16 tahun.

Gambar kiri no 1 pula orang kuat aero Incik Fitri sedang tuning kapal ezcel 2000 yang menggunakan enjine tunder tiger yang nak diterbangkan pada hari tersebut, yang tarbus merah tu mungkin memperbaiki kerosakkan kecil pada kapal terbangnya. kelihatan segak bergaya disebelah kiri tu Incik Saudi dan Incik Fuat sedang berehat sambil menunggu giliran perberbangan. Begitulah aksi-aksi yang sempat dirakamkan pada hari funfly anjuran aero Club mudahan ianya menjadi rangsangan pada semua ahli suapa dapat terus hidup maju dimasa hadapan, Justeru melalui club ini juga dapat mempernalkan kepada masyarakat sekitar manjung khasnya belia untuk melibatkan diri dengan aktiviti sihat seperti ini, dimana ianya suatu hobi yang berteknologi tinggi yang pasti memerlukan kecerdasan minta serta fizikal yang sihat, tidak syak lagi bahawa kegiatan seperti ini dapat mengelakkan belia2 dari terpengaruh dengan gejala tidak sihat yang akhirnya akan merugikan masyarakat itu sendiri.




Khamis, 16 Julai 2009

Persedian untuk fly











Gambar satu Ftri sedang dengisi minyak ke dalam salah sebuah kapal terbang
Gambar dua menber dari Puncak Alam membuat persedian untuk penernagan
Gambar empat member dari KL juga telah selesai menhidupkan injin untu fly
gambar lima kemah untuk ahli-ahli berrehat.





Aero club manjung telah menganjurkan funfly pada 4hb.Jun.2009 di Lapangan Terbang Sitiawan. Alhamdulillah sambutannya menggalakkan, ramai juga yang datang dari luar Perak diantaranya dari DKNK Rawang dan Puncak Alam Selangor dan beberapa grup lain yang saya tak ingat namanya. Alhamdulillah dengan program itu dapatlah menjalinkan siratulrahim diatara peminat RC serta bertukar-tukar fikiran dan pengalaman masing-masing. Penulis
menucapkan terimakah yang tidak terhingga kepada sahabat dari DKNK dan Puncak Alam yang sanggup datang untuk bersama-sama dengan kami untuk menjayakan funfly yang tidak seberapanya itu. Jika ada sebarang kekurangan kami menyusun jari sepuluh memohon maaf.

Juga penulis amat berbangga dengan kegigihan alhi-ahli Manjung Aero Club yang terdiri dari Fitri, Shahrul, Cikgu, Azhar, Kucai, Tomi, Not, Saudi,Zaram, Razak dan lain-lain yang penulis tak sempat nak ingat nama-kesemuanya. Walaubagaimana pun semua ahli club tidak ketinggalan seorang pun dalam membantu menjayakan funfly tersebut. Syabas dan kekalkan kerjasama kita untuk merealisasikan semua aktiviti-aktiviti yang bakal dirancang atau aktiviti harian yang sedang kita amalkan sekarang.