Khamis, 16 Julai 2009

Aero club manjung telah menganjurkan funfly pada 4hb.Jun.2009 di Lapangan Terbang Sitiawan. Alhamdulillah sambutannya menggalakkan, ramai juga yang datang dari luar Perak diantaranya dari DKNK Rawang dan Puncak Alam Selangor dan beberapa grup lain yang saya tak ingat namanya. Alhamdulillah dengan program itu dapatlah menjalinkan siratulrahim diatara peminat RC serta bertukar-tukar fikiran dan pengalaman masing-masing. Penulis
menucapkan terimakah yang tidak terhingga kepada sahabat dari DKNK dan Puncak Alam yang sanggup datang untuk bersama-sama dengan kami untuk menjayakan funfly yang tidak seberapanya itu. Jika ada sebarang kekurangan kami menyusun jari sepuluh memohon maaf.

Juga penulis amat berbangga dengan kegigihan alhi-ahli Manjung Aero Club yang terdiri dari Fitri, Shahrul, Cikgu, Azhar, Kucai, Tomi, Not, Saudi,Zaram, Razak dan lain-lain yang penulis tak sempat nak ingat nama-kesemuanya. Walaubagaimana pun semua ahli club tidak ketinggalan seorang pun dalam membantu menjayakan funfly tersebut. Syabas dan kekalkan kerjasama kita untuk merealisasikan semua aktiviti-aktiviti yang bakal dirancang atau aktiviti harian yang sedang kita amalkan sekarang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan