Khamis, 27 Januari 2011

Aktiviti Mingguan Manjung Aeromedel Club
















Kebisaannya ahli-ahli MAC mengadakan aktiviti pernerbangan rc pada hujung minggu atau hari cuti umum. Kerana kebanyakan dari ahli2nya terdiri dari pegawai2 kerajaan dan perkerja2 swasta, ada juga diantaranya yang berkerja sendiri, kontarktor dan lain. Pada hari Sabtu dan Ahad kami akan berkumpul di Sitiawan Mini Airport lebih kurang jam 9.30 am, biasanya tamat pada jam 1.00 pm. Sebagai pengetahuan bersama, MAC memiliki surat kebenaran dari DCA untuk menjalankan aktiviti di lapangan terbang tersebut. Terkadang kala yang menyeronokan kami ialah "panggilan dari DCA meminta kami berehat" untuk memberi laluan kepada pendaratan kapal terbang atau helicopter. Justeru kamu berpeluang untuk menyaksikan aksi2 pendaratan kapal terbang seperti cessna, pilatus dan lain2, dan kami berpeluang untuk berkenalan dengan pilot2nya. " kami bertanya, kenapa mendarat sekejab saja" dengan selamba mereka menjawan, " hehe kami singgah kena teh tarik kat restoran di sebelah tu...".Gambar2 dibawah tu adalah sebanhagian dari MAC Members.

Selasa, 25 Januari 2011

Lembaran Baru 2011





Assalamualaikum kepada semua peminat rc seMalaysia, dan selamat berada di dalam tahun baru 2011, untuk makluman semua kawan2, insyaalllah saya akan mengaktivkan semula blog saya, diamana sudah sekian lama saya tidak memperdulikannya. Justeru itu saya amat2 mengharapkan sokongan dari kawan2 semua untuk membantu memberi pendapat dan pandangan yang berkaitan dengan dunia rc semata2 untuk kepentingan kita bersama. Ramai diantara kawan kita yang senior dalam dunia rc seperti Brozeck, Kaptan Fizsal, Renjer, Theclutch, Mohiz, pakcikjo, Spitfire, Yns, Amaricanmaiden dalam ramai lagi yang banyak pengalama dan liku2 dunia rc ini dapat mencambahkan ide2 berkaitan ilmu2 yang berkaitan.


Terlebih maklumklah saya adalah orang baru dalam dunia rc - masih memerlukan bimbingan dan tunjukajar dari semua pihak yang terkenal dengan ilmu2 mereka yang luas, semoga dengan percambahan itu dapat kita meningkatkan pengetahuan demi menenpa kemajuan dan kejayaan buat hari muka, khasnya untuk mereka yang baru berjinak jinak dengan duniarc.

Lembaran Baru 2011

Khamis, 15 April 2010


THECLUTCH adalah pilot yang tidak terasing lagi bagi negeri perak, khasnya bagi MRFS. Tidak dinafikan beliau bersama2 rakan mrfs berkerja keras demi menjayakan JJCFS bagi negeri Perak, tahniah dan syabas diatas kejayaan JJCFS yang berlangsung 2 hari berturut2 pada 10 dan 11.4.2010. Berdasarkan tinjauan dalam forum duniarc, boleh dikatakan semua pilot2 yang mengambil bahagian pada hari tersebut berpuas hati, gembira dan enjoy sekali diatas layanan mesra sekali. Kejayaan ini mengharumkan lagi nama Perak dalam erena kawalan jauh (RC) khasnya dan amnya bagi semua warga RC negeri perak - syabas