
Seperti yang anda lihat di gambar rajah di atas, ia adalah gambar rajah kapalterbang yang menggunakan kuasa minyak (nitro), dimana terdapat beberapa komponen penting yang berfungsi untuk operasi penerbangan. setiap pilot wajib mengenali setiap komponen penting dan memahami peranan (fungsi) setiap komponen itu untuk memudahkan baginya menerbangkan sesebuah kapal terbang. Disini saya akan menjelaskan dulu komponen2 penting yang memainkan peranan penting di dadalam kapalterbang kuasa minyak (nitro)
1. Rudder: Rudder berfungsi untuk mebelokkan kapalterbang itu ke kiri dan ke kanan, ia digunkan semasa kapalterbang itu di lapangan (darat) ia tidak digunakan semasa kapalterbang di udara.
2. Elevator: Elevator berfungsi untuk take off ( menaikkan kapalterbang) dari lapangan setelah ia mencapai kuasa kelajuan yang cukup, dan digunakan juga untuk menentukan paras ketinggian semasa di udara, dan perlu diingat ianya tidak digunakan untuk mendarat (landing). Pendaratan hanya perlu mengurangkan kuasa kelajuan injin, dengan sendirinya kapalterbang anda akan beransur rendah dan boleh mendarat.
3. Aileron: Aileron pula berfungsi untuk membelok ke kanan kan ke kiri semasa kapalterbang anda di udara, bermaknak pilot akan menggerakkan aileron stik pada radio control ke kanan maka kapalterbang anda akan membelok ke kanan, jika digerakkan se kiri maka kapalterbang anda akan bergerak kekiri.
4.Throttle: Throttle berfungsi untuk kelajuan atau perlahan kuasa injin untuk memutarkan propeller ( kipas) kapalterbang semasa operasi penerbangan.
5. Engine: Enjine telah termaklum bahawa ianya berfungsi untuk mengerakkan kederaaan samaada kenderaan darat, laut dan udara.
6. Servo: Servo ialah komponen elektronik yang terdapat di dalam kapalterbang yang berfungsi untuk mengerakkan Rudder, elevator, Aileron, Throttle dan komponen lain jika terdapat di sesebuah kapalterbang. Servo berfungsi dengan menggunkan kuasa beteri ( DC )
7. Receiver: Komponen elektronik yang berfungsi untuk menerima arahan yang berupa golombang (wave) dari Radio control untuk menghidupkan servo yang berfungsi seperti penjelasan no.6.
8. Beteri: Membekallan kuasa DC untuk Receiver.
9. Propeller: Dalam bahasa melayu kipas berfungsi untuk mengerakkan kapalterbang, jika kenderaan darat ianya adalah tayar.
Demikianlah penjelasan secara ringkas tentang komponen2 yang terdapat dalam sesebuah kapalterbang radio control yang menggunakan kuasa minyak (nitro). Tidak dinafikan terdapat juga komponen2 tambahan selain dari yang penting itu mengikut jenis atau model kapalterbang.